Monday, April 2, 2012

Diari Hidupku

17 April 2012


Hari ini sungguh memenatkan tapi tidaklah membosankan. Kelas dimulakan dengan pensyarah yang sporting, En KJ (Pedagogi). Hari ini aku belajar berkenaan pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif. Kelas diteruskan oleh Pn Wak Chu. Kelas PSV hari ini kami buat topeng daripada kertas surat khabar yang telah direndam beberapa hari. Hasilnya agak menarik tetapi belum siap 100% kerana belum kering. Kelas tamat pada jam 1 ptg. Penat sangat, aku balik ke bilik untuk berehat dan bersolat sementara menunggu jam 4.oo pm untuk preparation aktiviti PJK bersama En. Bhai bagi pembentangan TGFU. Group aku menjadi pembentang pertama untuk tajuk jaringan. Aktiviti yang kami pilih ialah shuttle bulu ayam. Permainan ini menarik kerana menggabungkan 2 permainan iaitu badminton dan bola tampar. Aktiviti ini tidak dapat dijalankan di gelanggang yang kami pilih kerana hujan yang sgt lebat. Kami menggunakan bilik sukan sebagai alternatif kedua. Permainan berjalan lancar walaupun keadaan bilik agak kecil. Hanya 4 group sahaja dapat buat pembentangan. Masa amat mencemburui kami. Jam menunjukkan pukul 6.5o pm. 2 group lagi ditunda untuk sesi seterusnya. Walaupun penat tapi aku puas hati kerana pembntangan group aku dah selesai. Masa untuk pulang.........

No comments:

Post a Comment