Tema: Seni dan Budaya
Tajuk: Kuih Tradisional
KSSR Tahun 2
<><>>
|
|
|
Langkah 1
1. Guru memaparkan dan memperdengarkan kepada
murid video dokumentari tentang kuih muih tradisional
2. Murid diberi peluang
untuk mendengar, memerhati dan memahami dialog perbualan dalam video
dokumentari.
3. Guru bersoal jawab tentang
video tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional.
Contoh soalan :
i.
Apakah nama kuih tradisional itu?
ii.
Apakah bahan yang digunakan untuk membuat kuih
tersebut?
iii. Bagaimana cara
membuatnya?
|
Ilmu : Sains
Nilai : menghargai
EMK: Kreativiti dan Inovasi
(Fasa Persediaan)
|
Media : tayangan
video
|
Langkah 2
1. Guru memperdengarkan
lagu ‘Kuih Oh Kuih’
2. Guru meminta murid
menyebutkan nama-nama kuih yang disebutkan dalam seni kata lagu tersebut
sambil mempamerkan kad gambar kuih tersebut.
3. Guru mencatatkan
nama-nama yang telah disebutkan oleh murid dan membimbing murid menyatakan
cara kuih dimasak sama ada digoreng, rebus, bakar atau kukus.
|
Ilmu: Pendidikan
Muzik
Nilai: rajin
EMK: Kreativiti dan
Inovasi
(Fasa Imaginasi)
|
Lampiran 1
Latihan cara kuih dimasak
|
Langkah 3
1. Guru membimbing
murid membaca seni kata lagu yang dipaparkan.
2. Murid membaca
senikata lagu secara individu dan kumpulan dengan sebutan yang betul.
3. Murid dibimbing
menyanyikan lagu ‘Kuih Tradisional’ berpandukan seni kata lagu yang dipaparkan.
4. Murid diminta
membaca secara bergilir-gilir nama-nama kuih yang telah dicatat dengan
sebutan yang betul dan mengkategorikannya dalam kumpulan kuih manis atau
pedas.
|
Ilmu : Kajian
Tempatan
Nilai : Menghargai
KBT: Kreativiti dan
Inovasi
(Fasa Tindakan)
|
|
Langkah 4
1. Murid membaca semula
nama-nama kuih dalam seni kata lagu yang dipaparkan oleg guru.
2. Murid dalam kumpulan
kecil berbincang dan memikirkan cara mengubah suai rasa atau bentuk kuih
mengikut kreativiti mereka.
3. Murid membentangkan
hasil kerja kumpulan mereka.
|
Ilmu : Kajian
Tempatan
Nilai : Keyakinan
diri
EMK : Kreativiti dan
Inovasi (Frasa Tindakan)
|
|
Pentaksiran
1. Murid membaca dialog
yang disediakan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Murid menjawab
beberapa soalan pemahaman berdasarkan dialog yang telah dibaca.
|
Ilmu : Kajian
Tempatan
Nilai : keyakinan
diri
KB: menjana idea
KBT: BCB
|
|
Pemulihan
1. Guru membimbing
murid membaca nama-nama kuih
|
Ilmu : Kajian
Tempatan
Nilai : Rajin
KBT : BCB
|
| <><><>STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN<>><><><>>
Pengayaan
1. Murid membuat
aktiviti teka silangkata dalam sistem Kubbu.com
|
Ilmu : Kajian
Tempatan
Nilai : berdikari
KBT : BCB
KB- Menjana idea
|
|
Projek Akhir - Glogster.edu
REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya sapat
menyiapkan tugasan projek akhir untuk subjek Teknologi Pengajaran. Sekalung
penghargaan diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Puan Mimma Sayuti Binti Md
Khalid kerana mengajar dan membuka minda saya tentang dunia IT yang mana saya
tahu ilmu saya dalam bidang IT ini sangat jauh ketinggalan berbanding orang
lain. Sebenarnya, saya tidak berpuashati
dengan projek saya kerana saya yakin dapat buat dengan lebih baik tetapi akibat
kekangan masa untuk menjelajahi dunia yang berasaskan ilmu yang terlalu sedikit
di dada, maka terhasillah projek akhir ini. Tetapi, saya dan rakan sekumpulan berjaya
juga melakukannya sejauh ini. Tahniah rakan-rakanku.
Kumpulan saya terdiri daripada Maria, Hamizah, Mazifah dan
saya sendiri. Kami menggunakan perisian
Glogster, Video Maker dan Video cerita sebagai bahan mengajar Subjek Bahasa
Melayu Tahun Dua KSSR. Tema yang kami pilih ialah Seni Dan Budaya manakala
tajuk kecil yang pilih ialah Kuih Tradisional. Kumpulan saya memilih perisian Glogster
kerana ianya sangat menarik dan kelima-lima elemen iaitu video, grafik, audio,
lukisan dan lampiran data digabung dalam satu perisian. Saya juga telah berjaya merakam suara saya
bersama rakan kumpulan dengan menyumbangkan lagu ‘Kuih Oh Kuih’ diiringi muzik
yang kami cipta sendiri untuk aktiviti mari menyanyi. Pertama kali dalam
sejarah, saya merekod lagu, membuat video maker, dan berjaya menggunakan
perisian Kubbu.com untuk aktiviti pengukuhan. Tentunya sangan menarik
penerokaan ini dan jika dibuat di dalam kelas sudah tentu murid-murid akan
tertarik. Selain pemilihan warna yang menarik, mereka juga dapat melihat video,
mendengar lagu dan menyanyi bersama guru dan juga membuat latihan secara
online.
Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kuasai dan
terokai. Ilmu ini akan saya kuasai walaupun saya telah menamatkan pengajian di
institusi ini. Terima kasih kepada Puan
Mimma kerana memberi saya dan rakan-rakan peluang untuk mempelajari sesuatu
yang baru dalam dunia IT ini. Walaupun ianya sangat memeningkan kepala dan
membuatkan saya tidak lena tidur, tetapi apabila melihat hasilnya, saya boleh tersenyum
bangga. Terdetik di hati, tidak sangka saya boleh buat sejauh ini. Terima kasih
kawan-kawan yang banyak membantu khususnya rakan sebilik saya. Bantuan kalian
tidak dapat saya membalasnya.
SUZIYANA
TUKIRAN (800715-01-6416)
No comments:
Post a Comment