Monday, April 2, 2012

Hari bahagiaku bersama suami tercinta







Projek Akhir Teknologi Pengajaran

Tema: Seni dan Budaya
Tajuk: Kuih Tradisional

KSSR Tahun 2









<><><><><>STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN<><><><>




Langkah 1
 
1.   Guru memaparkan dan memperdengarkan kepada murid video dokumentari tentang kuih muih tradisional
 

2.  Murid diberi peluang untuk mendengar, memerhati dan memahami dialog perbualan dalam video dokumentari.
 

3.  Guru bersoal jawab tentang video tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional.

Contoh soalan :

i.    Apakah nama kuih tradisional itu?

ii.   Apakah bahan yang digunakan untuk membuat kuih tersebut?

iii. Bagaimana cara membuatnya?
 







Ilmu : Sains

Nilai : menghargai

EMK: Kreativiti dan Inovasi

(Fasa Persediaan)







Media : tayangan video
 
Langkah 2

1.  Guru memperdengarkan lagu ‘Kuih Oh Kuih’

2.  Guru meminta murid menyebutkan nama-nama kuih yang disebutkan dalam seni kata lagu tersebut sambil mempamerkan kad gambar kuih tersebut.

3.  Guru mencatatkan nama-nama yang telah disebutkan oleh murid dan membimbing murid menyatakan cara kuih dimasak sama ada digoreng, rebus, bakar atau kukus.





Ilmu: Pendidikan Muzik

Nilai: rajin

EMK: Kreativiti dan Inovasi

(Fasa Imaginasi)





Lampiran 1

Latihan cara kuih dimasak
 

Langkah 3

1.  Guru membimbing murid membaca seni kata lagu yang dipaparkan.

2.  Murid membaca senikata lagu secara individu dan kumpulan dengan sebutan yang betul.

3.  Murid dibimbing menyanyikan lagu ‘Kuih Tradisional’ berpandukan seni kata lagu yang dipaparkan.

4.  Murid diminta membaca secara bergilir-gilir nama-nama kuih yang telah dicatat dengan sebutan yang betul dan mengkategorikannya dalam kumpulan kuih manis atau pedas.





Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Menghargai

KBT: Kreativiti dan Inovasi

(Fasa Tindakan)


 

Langkah 4

1.  Murid membaca semula nama-nama kuih dalam seni kata lagu yang dipaparkan oleg guru.

2.  Murid dalam kumpulan kecil berbincang dan memikirkan cara mengubah suai rasa atau bentuk kuih mengikut kreativiti mereka.

3.  Murid membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.



Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Keyakinan diri

EMK : Kreativiti dan Inovasi (Frasa Tindakan)


 
Pentaksiran

1.  Murid membaca dialog yang disediakan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2.  Murid menjawab beberapa soalan pemahaman berdasarkan dialog yang telah dibaca.




Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : keyakinan diri

KB: menjana idea

KBT: BCB



Pemulihan

1.  Guru membimbing murid membaca nama-nama kuih

Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Rajin

KBT : BCB



Pengayaan

1.  Murid membuat aktiviti teka silangkata dalam sistem Kubbu.com
 

Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : berdikari

KBT : BCB

KB- Menjana idea





Projek Akhir - Glogster.edu



REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya sapat menyiapkan tugasan projek akhir untuk subjek Teknologi Pengajaran. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Puan Mimma Sayuti Binti Md Khalid kerana mengajar dan membuka minda saya tentang dunia IT yang mana saya tahu ilmu saya dalam bidang IT ini sangat jauh ketinggalan berbanding orang lain.  Sebenarnya, saya tidak berpuashati dengan projek saya kerana saya yakin dapat buat dengan lebih baik tetapi akibat kekangan masa untuk menjelajahi dunia yang berasaskan ilmu yang terlalu sedikit di dada, maka terhasillah projek akhir ini. Tetapi, saya dan rakan sekumpulan berjaya juga melakukannya sejauh ini. Tahniah rakan-rakanku.

Kumpulan saya terdiri daripada Maria, Hamizah, Mazifah dan saya sendiri.  Kami menggunakan perisian Glogster, Video Maker dan Video cerita sebagai bahan mengajar Subjek Bahasa Melayu Tahun Dua KSSR. Tema yang kami pilih ialah Seni Dan Budaya manakala tajuk kecil yang pilih ialah Kuih Tradisional. Kumpulan saya memilih perisian Glogster kerana ianya sangat menarik dan kelima-lima elemen iaitu video, grafik, audio, lukisan dan lampiran data digabung dalam satu perisian.  Saya juga telah berjaya merakam suara saya bersama rakan kumpulan dengan menyumbangkan lagu ‘Kuih Oh Kuih’ diiringi muzik yang kami cipta sendiri untuk aktiviti mari menyanyi. Pertama kali dalam sejarah, saya merekod lagu, membuat video maker, dan berjaya menggunakan perisian Kubbu.com untuk aktiviti pengukuhan. Tentunya sangan menarik penerokaan ini dan jika dibuat di dalam kelas sudah tentu murid-murid akan tertarik. Selain pemilihan warna yang menarik, mereka juga dapat melihat video, mendengar lagu dan menyanyi bersama guru dan juga membuat latihan secara online.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kuasai dan terokai. Ilmu ini akan saya kuasai walaupun saya telah menamatkan pengajian di institusi ini.  Terima kasih kepada Puan Mimma kerana memberi saya dan rakan-rakan peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam dunia IT ini. Walaupun ianya sangat memeningkan kepala dan membuatkan saya tidak lena tidur, tetapi apabila melihat hasilnya, saya boleh tersenyum bangga. Terdetik di hati, tidak sangka saya boleh buat sejauh ini. Terima kasih kawan-kawan yang banyak membantu khususnya rakan sebilik saya. Bantuan kalian tidak dapat saya membalasnya.

SUZIYANA TUKIRAN (800715-01-6416)

Diari Hidupku

17 April 2012


Hari ini sungguh memenatkan tapi tidaklah membosankan. Kelas dimulakan dengan pensyarah yang sporting, En KJ (Pedagogi). Hari ini aku belajar berkenaan pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif. Kelas diteruskan oleh Pn Wak Chu. Kelas PSV hari ini kami buat topeng daripada kertas surat khabar yang telah direndam beberapa hari. Hasilnya agak menarik tetapi belum siap 100% kerana belum kering. Kelas tamat pada jam 1 ptg. Penat sangat, aku balik ke bilik untuk berehat dan bersolat sementara menunggu jam 4.oo pm untuk preparation aktiviti PJK bersama En. Bhai bagi pembentangan TGFU. Group aku menjadi pembentang pertama untuk tajuk jaringan. Aktiviti yang kami pilih ialah shuttle bulu ayam. Permainan ini menarik kerana menggabungkan 2 permainan iaitu badminton dan bola tampar. Aktiviti ini tidak dapat dijalankan di gelanggang yang kami pilih kerana hujan yang sgt lebat. Kami menggunakan bilik sukan sebagai alternatif kedua. Permainan berjalan lancar walaupun keadaan bilik agak kecil. Hanya 4 group sahaja dapat buat pembentangan. Masa amat mencemburui kami. Jam menunjukkan pukul 6.5o pm. 2 group lagi ditunda untuk sesi seterusnya. Walaupun penat tapi aku puas hati kerana pembntangan group aku dah selesai. Masa untuk pulang.........